Hebatnya Kekuatan Jiwa Rafael Nadal

| 0 comments


Salam..

Saya amat tertarik bila mendengar Buletin Utama (2 Februari 2009) berkaitan Kejohanan Tenis Terbuka Australia yang meletakkan Rafael Nadal sebagai juara. Walaupun saya secara peribadi tidaklah mengikuti perkembangan sukan secara serius, tetapi semangat juang Rafael Nadal benar-benar mengagumkan saya.

Dengan perlawanan yang begitu memenatkan tenaga fizikal, tekanan semasa perlawanan serta kesakitan pada kakinya... Rafael Nadal membuktikan beliau cukup HEBAT. Hebat bukan kerana beliau pemain nombor SATU dunia tetapi KEKUATAN JIWA dan SEMANGATnya untuk menyempurnakan kejohanan tersebut.

Di bawah ini adalah sedutan berita dari laman web rasmi Rafael Nadal:

WHAT A LEGEND! RAFA ROCKS AUSTRALIAN OPEN

2nd of February

A few hours after a historic final at the Australian Open, an exhausted Rafa Nadal was simply too tired to fully enjoy his title success on Sunday night.

Rafael played 18 hours and 58 minutes of tennis on his way to winning his first grand slam on hardcourt, which included a record-breaking five hours 14 minutes in an epic semi-final against Fernando Verdasco.

The world number one is known for his never-say-die attitude on court but even he admitted he was concerned about his fitness heading into the final showdown with his greatest rival Roger Federer following his efforts against his fellow countryman.

IN HIS OWN WORDSت

"I was little bit worried about the physical performance because I practised and it was tough to keep the concentration," said Nadal, who became the first Spaniard male or female - to win a title in Melbourne.

"But I spoke with the coach, Toni, before the match and he told me "you go there and fight all the time and believe in the victory all the time" and I think that's what I did in the end."

Berita penuh...

Saya percaya jika JIWA dan NALURI seperti ini dapat diterap, serap dan disematkan ke dalam JIWA pemain BOLA SEPAK MALAYSIA… mutu permainan bola dan pemainnya akan meningkat. Bukan sekadar itu, peminat bola sepak tempatan juga SERONOK untuk menonton perlawanan liga tempatan. Langkah PERTAMA bagi mencapai KEJAYAAN SEJATI adalah KENAL MASALAH..  masalah pula biasanya melibatkan aspek AKAR, dalam diri manusia AKARnya adalah JIWA, NALURI, SEMANGAT, ROH…

Sekadar pandangan…


Salam Cemerlang dengan Doa, Kasih dan Syukur…

MY ;)

Air, Bumi dan Manusia | Bah. 2

| 0 comments

Salam... 


Kita sambung kembali bicara lalu berkaitan AIR. Bila diulang-ulang perkataan air ini kita rasakan ianya terlalu REMEH, tidak perlu diperbesar-besarkan. Ya.. mungkin bagi sesetengah pihak, tetapi bukan remeh buat saya juga anda. 

Cuba kita perhatikan gambar yang saya selitkan untuk 'post' kali ini. Untuk makluman gambar ini di ambil di Tasik Baikal, Timur Siberia, Rusia pada awal Ogos 2008 oleh ahli kumpulan Dr. Masaru Emoto. Indahnya PELANGI yang muncul... cuba perhatikan kembali gambar tersebut... pelangi itu bukan satu tapi dua.. ya 'double rainbow'. Indah... tiada kata yang dapat menyatakan hebatnya ciptaan Tuhan itu.

Menurut sumber dari laman web tersebut, gambar ini di ambil setelah proses pembacaan doa (praying ceremony) mengikut kaedah dan pemahaman kumpulan Dr. Emoto dilakukan di kawasan tersebut. Nah! lihatlah... KUASA DOA... KUASA ‘POSITIVE THINKING’...

Sebagaimana dinyatakan dalam 'post' sebelum ini, manusia terdiri dari 55 - 78% air (Secara purata ialah 70%). Ini bermakna emosi diri kita boleh berubah berdasarkan pemikiran serta doa yang telah kita afirmasikan. Ya! samada positif atau negatif, ia dibentuk dari apa yang kita FIKIR dan KATA.

Cuba kita teliti dan fahami sedikit petikan yang saya ambil dari 'Life Enthusiast Newsletter' bertarikh 25 November 2008 seperti di bawah:

Water is very unusual - there are 64 known anomalies that make life as we know it possible. One of the most important ones is its molecule-bond memory - water will retain within its structure a memory of its experience in the form of liquid crystals. It makes homeopathy possible. It most likely plays a role in how we store memories, and how we recall them. Water structure that reflects its past can be shown in the physical form, as Dr. Masaru Emoto illustrated in his photograph showing the effect of "Thank You".

If you accept the basic premise that water can be influenced by subtle vibrational energies, you will see the possibility of psychosomatic sickness and also of vibrational healing. I mean changing water into wine and "rise, you are healed" type of events. Or making yourself sick with worry.

Tidak sempurna rasanya jika saya bicara soal ini tanpa bukti yang jelas dan bersifat saintifik. Saya percaya kebanyakan kita pernah lihat semua foto ini. Tak pe… kita ‘refresh’ minda kita dengan sesuatu yang HEBAT seperti ini. Jom…


FOTO 1: Foto Kristal hasil dari tulisan ‘Arigato’ atau Terima Kasih pada botol berisi air

Photobucket


FOTO 2: Foto Kristal  dari satu sumber air sebelum proses ‘Doa’ dilaksanakan

Photobucket 


FOTO 3: Foto Kristal  dari satu sumber air (sama seperti foto 2) selepas proses ‘Doa’ dilaksanakan

Photobucket


FOTO 4: Foto Kristal hasil dari mendengarkan air dengan muzik ‘Heavy Metal’

Photobucket  


FOTO 5: Foto Kristal TERINDAH dan TERCANTIK yang pernah ditemui pada kajian tersebut (sebutan Dr. Emoto) hasil dari menulis ‘Love And Thanks’ pada botol berisi air

Photobucket

Emmm… menarik. Di sini kita sudah NAMPAK, LIHAT akan KUASA MINDA dan EMOSI ke atas air. Apa yang boleh saya katakan lagi… TOO MIRACLES. Adakah ini sesuai seperti yang disebut dalam Law of Attraction (LOA). Jawapannya pastilah… YA! Tepat sekali.

Sebelum akhiri bicara ini, saya ingin menambah satu lagi foto. Foto ini diambil hasil dari pengkajian seorang ANAK SEKOLAH di Jepun (Budak sekolah pun TERUJA nak buat ujian ini…)

 

FOTO 6: Foto hasil kajian ke atas nasi (makanan asasi orang Malaysia) dengan menyebut ‘Terima Kasih’ dan ‘Kamu Bodoh’

 Photobucket 


Memang menarik hasil eksperimen Dr. Emoto ini. Sekarang kita sudah mendapat gambaran jelas kenapa PAKAR MOTIVASI dan ORANG HEBAT selalu kata BE POSTIVE, JUST POSTIVE, KATA ITU DOA dan sebagainya…

Sebenarnya, ada banyak perkara yang ingin saya kongsikan… umpamanya berkaitan KUASA MINDA, AURA, CHAKRA, LOA, THE SECRET movie, audio ‘ENTRAINMENT/BINAURAL BEAT’, HIPNOSIS, N.L.P., E.F.T., REIKI dan macam-macam lagi sebenarnya. Tapi kenapa saya mulakan dengan unsur AIR? Mudah je… kerana jika kita faham konsep ini, insya-Allah kita akan buka minda ke arah yang lebih positif untuk menerima ilmu lain.

Insya-Allah, selepas ini saya akan kongsikan satu DOA dan ILMU yang saya pelajari dari ulama tersohor kurun ke 19, Almarhum Dr. Hamka. Bagi saya ia amat memberi BEKAS kepada diri saya. Mudah-mudahan anda juga memperoleh pengajaran dari doa yang bakal dikongsikan nanti. Bagi yang telah mengamalkan doa itu, Alhamdulillah… teruskan dan syukuri nikmat dan rahmat yang dikurniakan.

Jumpa lagi…


Salam Cemerlang dengan Doa, Kasih dan Syukur…

MY ;)





Gedung Ilmu - Saya Cintakan ILMU

| 0 comments

Salam & Sejahtera..


Sudah agak lama saya menyimpan hasrat untuk berkongsi link ini.  Namun baru sekarang saya berkesempatan menyempurnakan hasrat tersebut, itupun dengan bantuan kewujudan blog ini. 

Untuk makluman link yang bakal saya kongsi ini merupakan satu web yang menawarkan pelbagai bahan ILMU yang amat bermanfaat. Ianya benar-benar menarik perhatian saya. Saya maklum mengenai laman ini pada November atau Disember 2008 menerusi 'newsletter' yang saya langgan dari beberapa individu/pihak yang CINTAKAN ILMU. Jadi, mungkin ada dikalangan anda telah sedia maklum akan web ini. Saya juga difahamkan laman ini akan hanya bertahan untuk satu tempoh tertentu sahaja. Ini bermakna ada sebahagian kandungan laman yang akan disekat. Jadi, ambillah peluang ini untuk MENEROKAI dan MENIKMATI ILMU tersebut. ILMU tidak dapat dinilai dengan WANG, ianya TERLALU ISTIMEWA... istimewa bagi mereka yang MENGHARGAInya..

HAPPY STUDY, I LOVE STUDY, I LOVE BOOKS, I LOVE KNOWLEDGE... I LOVE MYSELF..

Salam Cemerlang...

Air, Bumi dan Manusia

| 0 comments



Salam...

Saya mulakan 'post' blog ini dengan tema air. Ya! AIR atau WATER. 'Posting' ini hanya melibatkan tema AIR dan hubungannya dengan kuasa EMOSI dan MINDA sahaja...

Secara kimia, air merupakan molekul yang terdiri dari 2 atom hidrogen dan 1 oksigen (H2o). Apa yang menarik sangat tentang air ini? Jawapan saya mudah.. TERLALU MENARIK dan tiada kata yang dapat menggambarkan betapa ia benar-benar membuatkan saya kagum dengan ciptaan Yang Maha Esa ini.

Kita mulakan dengan satu pernyataan mudah... permukaan BUMI yang kita duduki dan nikmati sekarang ini terdiri dari 30% daratan dan 70% air. Kita juga ketahui diri kita (MANUSIA) mengandungi  antara 55% - 78% unsur air. Malah, kita juga dinasihatkan untuk mengambil lebih air berbanding makanan pejal  atau minum air melebihi 8 gelas sehari (menurut sesetengah pakar perubatan). 

Apa kaitannya AIR dan MINDA?

Oppsss... Perbincangan ini akan disambung pada 'posting' berikutnya. Insya-Allah...


Salam Cemerlang


Kenapa Emosi & Minda?

| 0 comments

Kenapa saya memilih nama 'emosiminda' untuk blog ini?

Kita lihat dulu sedikit penerangan umum..
 
Kita biasa dengar IQ (Intelligence Quotient), namun umumnya IQ bagi setiap individu secara relatifnya adalah sukar untuk ditingkatkan kerana ia dikaitkan dengan kelahiran atau 'in-born IQ'. Seperkara lagi IQ sifatnya terlalu objektif sedangkan minda kita punya kehebatan yang lebih dari apa yang kita fikir dan bayangkan. Ianya terlalu LUAR BIASA hebat.

Setelah IQ, lahir pula teori berkaitan EQ (Emotional Quotient) dan kemudiannya SQ (Spiritual Quotient), ESQ serta lain-lain teori yang mungkin tidak saya ketahui.  Semua 'Q' ini diwujudkan untuk dijadikan sandaran dan ukuran kepada kemampuan  manusia, mindanya, emosinya serta jiwanya.

Di Malaysia pula Dr. Danial Zainal Abidin juga mengemukakan Quranic Quotient (QQ) sebagai satu subjek untuk kita lihat, perhati dan dalami. Saya lihat QQ ini terlalu istimewa kerana ia melihat  Al-Quran sebagai asas dan dasar. Ini bermakna ia terlalu ISTIMEWA dan sukar untuk dibandingkan dengan teori-teori minda lain.

Perlu saya jelaskan di sini, saya tidak PAKAR dalam bidang/teori seperti yang saya sebutkan di atas, jadi ia sekadar satu perbukaan untuk kita menerobos THE EXTRA ORDINARY OF OUR MIND POWER. Kewujudan teori dan pengkajian berkaitan SAINS MINDA membuktikan MINDA kita TERLALU ISTIMEWA. Jadi, amatlah RUGi kiranya kita hanya membiarkan kehidupan kita lalu tanpa kita meletakkan MINDA dan EMOSI pada tempat dan keadaan yang sewajarnya.

Soalan asal... Kenapa Emosi dan Minda?

Dari pembelajaran saya berkaitan ilmu minda dari beberapa guru, rakan, bacaaan dan lainnya mendapati, IQ bukanlah sandaran kepada penghasilan/kelahiran elemen CEMERLANG, GEMILANG atau apa saja perkataan dan seumpama dengannya dalam ERTI KEHIDUPAN. Kejayaan sejati lahir dari MINDA dan EMOSI yang jitu, bersih, mantap, bertenaga, jujur dan ikhlas.

Jadi, blog ini lahir dengan niat untuk berkongsi sedikit ilmu, pengalaman dan pandangan peribadi saya berkaitan perkara seperti ini. Secara peribadi saya ingin tegaskan, saya bukanlah PAKAR dalam bidang ini, namun blog ini sekadar 'platform' untuk saya menyuratkan apa yang tersirat dalam jiwa minda saya serta pihak yang bakal terlibat memajukan blog ini samada secara langsung atau tidak langsung. Untuk itu, terlebih dahulu saya mohon maaf kiranya berlaku sebarang kecacatan dalam penulisan di blog ini.

Salam Cemerlang..

Salam Cemerlang

| 0 comments


Ini merupakan 'posting' pertama saya secara rasmi menerusi blog yang baru dilahirkan ini.


Ini merupakan antara NIAT dan AZAM 2009. Alhamdulillah, diberi saya kekuatan oleh-Nya untuk meneruskan usaha ini. Semoga segala perkongsian di sini dapat memberi manfaat buat diri saya serta anda/pembaca. 

Perkongsian yang bakal berlangsung ini adalah sekadar pandangan dan pengalaman atau pembacaan saya. Perkongsian ini meliputi satu perkara/bidang yang telah lama cuba saya terokai. Penerokaan ini bermula semenjak saya berusia 11 tahun (Sekolah Rendah - Darjah 5) lagi, iaitu selepas kelas Alam & Manusia (kalau tak silap, mungkin sekarang dah tukar nama). Cikgu kata, kita hanya menggunakan 10% keupayaan minda kita. Jadi, timbullah persoalan yang membuat saya terus mencari dan mencari bagaimana untuk memenuhi baki 90% lagi keupayaan minda.

Namun, penerokaan ini semakin membuak setelah keluar dari ITM (Institut Teknologi MARA). Maklumlah waktu tu baru nak mula belajar ERTI HIDUP. Apatah lagi saya sudah mula meletakkan pelbagai impian dan hasrat LUAR BIASA. Mungkin kerana ia agak LUAR BIASA penerokaan saya juga perlu melalui keadaan LAIN DARI BIASA. Penerokaan serius bermula setelah mengikuti Kursus Kuasa Minda Separa Sedar (2005) anjuran Positive Mind oleh Dr. Ibrahim (sekarang ni dah Prof. Dato' Dr. Ibrahim). Umumnya kursus ini mencipta MINAT baru yang LAIN DARI BIASA dalam kehidupan saya. Apapun ianya MEMANG BERBALOI... HIDUP INI SEMAKIN INDAH... PENUH WARNA, PENUH CERIA...

Saya percaya blog ini merupakan permulaan GEMILANG yang bakal memberi KEMANISAN atau setidak-tidaknya satu NILAI yang boleh kita manfaatkan hasil perkongsian yang bakal berlangsung. Hari ini (Jan. 2009), saya bukanlah SOMEBODY, cuma punya impian untuk menjadi SOMEBODY. Saya hanya ORANG BIASA yang berusaha LAIN DARI BIASA serta punya impian/azam  LUAR BIASA. 

Salam Cemerlang, Salam Gemilang...


Md. Yazit Hashim