Kenapa Emosi & Minda?

|

Kenapa saya memilih nama 'emosiminda' untuk blog ini?

Kita lihat dulu sedikit penerangan umum..
 
Kita biasa dengar IQ (Intelligence Quotient), namun umumnya IQ bagi setiap individu secara relatifnya adalah sukar untuk ditingkatkan kerana ia dikaitkan dengan kelahiran atau 'in-born IQ'. Seperkara lagi IQ sifatnya terlalu objektif sedangkan minda kita punya kehebatan yang lebih dari apa yang kita fikir dan bayangkan. Ianya terlalu LUAR BIASA hebat.

Setelah IQ, lahir pula teori berkaitan EQ (Emotional Quotient) dan kemudiannya SQ (Spiritual Quotient), ESQ serta lain-lain teori yang mungkin tidak saya ketahui.  Semua 'Q' ini diwujudkan untuk dijadikan sandaran dan ukuran kepada kemampuan  manusia, mindanya, emosinya serta jiwanya.

Di Malaysia pula Dr. Danial Zainal Abidin juga mengemukakan Quranic Quotient (QQ) sebagai satu subjek untuk kita lihat, perhati dan dalami. Saya lihat QQ ini terlalu istimewa kerana ia melihat  Al-Quran sebagai asas dan dasar. Ini bermakna ia terlalu ISTIMEWA dan sukar untuk dibandingkan dengan teori-teori minda lain.

Perlu saya jelaskan di sini, saya tidak PAKAR dalam bidang/teori seperti yang saya sebutkan di atas, jadi ia sekadar satu perbukaan untuk kita menerobos THE EXTRA ORDINARY OF OUR MIND POWER. Kewujudan teori dan pengkajian berkaitan SAINS MINDA membuktikan MINDA kita TERLALU ISTIMEWA. Jadi, amatlah RUGi kiranya kita hanya membiarkan kehidupan kita lalu tanpa kita meletakkan MINDA dan EMOSI pada tempat dan keadaan yang sewajarnya.

Soalan asal... Kenapa Emosi dan Minda?

Dari pembelajaran saya berkaitan ilmu minda dari beberapa guru, rakan, bacaaan dan lainnya mendapati, IQ bukanlah sandaran kepada penghasilan/kelahiran elemen CEMERLANG, GEMILANG atau apa saja perkataan dan seumpama dengannya dalam ERTI KEHIDUPAN. Kejayaan sejati lahir dari MINDA dan EMOSI yang jitu, bersih, mantap, bertenaga, jujur dan ikhlas.

Jadi, blog ini lahir dengan niat untuk berkongsi sedikit ilmu, pengalaman dan pandangan peribadi saya berkaitan perkara seperti ini. Secara peribadi saya ingin tegaskan, saya bukanlah PAKAR dalam bidang ini, namun blog ini sekadar 'platform' untuk saya menyuratkan apa yang tersirat dalam jiwa minda saya serta pihak yang bakal terlibat memajukan blog ini samada secara langsung atau tidak langsung. Untuk itu, terlebih dahulu saya mohon maaf kiranya berlaku sebarang kecacatan dalam penulisan di blog ini.

Salam Cemerlang..

0 comments: