Menurut sumber dari laman web tersebut, gambar ini di ambil setelah proses pembacaan doa (praying ceremony) mengikut kaedah dan pemahaman kumpulan Dr. Emoto dilakukan di kawasan tersebut. Nah! lihatlah... KUASA DOA... KUASA ‘POSITIVE THINKING’...
Sebagaimana dinyatakan dalam 'post' sebelum ini, manusia terdiri dari 55 - 78% air (Secara purata ialah 70%). Ini bermakna emosi diri kita boleh berubah berdasarkan pemikiran serta doa yang telah kita afirmasikan. Ya! samada positif atau negatif, ia dibentuk dari apa yang kita FIKIR dan KATA.
Cuba kita teliti dan fahami sedikit petikan yang saya ambil dari 'Life Enthusiast Newsletter' bertarikh 25 November 2008 seperti di bawah:
Water is very unusual - there are 64 known anomalies that make life as we know it possible. One of the most important ones is its molecule-bond memory - water will retain within its structure a memory of its experience in the form of liquid crystals. It makes homeopathy possible. It most likely plays a role in how we store memories, and how we recall them. Water structure that reflects its past can be shown in the physical form, as Dr. Masaru Emoto illustrated in his photograph showing the effect of "Thank You".
If you accept the basic premise that water can be influenced by subtle vibrational energies, you will see the possibility of psychosomatic sickness and also of vibrational healing. I mean changing water into wine and "rise, you are healed" type of events. Or making yourself sick with worry.
Tidak sempurna rasanya jika saya bicara soal ini tanpa bukti yang jelas dan bersifat saintifik. Saya percaya kebanyakan kita pernah lihat semua foto ini. Tak pe… kita ‘refresh’ minda kita dengan sesuatu yang HEBAT seperti ini. Jom…
FOTO 1: Foto Kristal hasil dari tulisan ‘Arigato’ atau Terima Kasih pada botol berisi air
FOTO 2: Foto Kristal dari satu sumber air sebelum proses ‘Doa’ dilaksanakan
FOTO 3: Foto Kristal dari satu sumber air (sama seperti foto 2) selepas proses ‘Doa’ dilaksanakan
FOTO 4: Foto Kristal hasil dari mendengarkan air dengan muzik ‘Heavy Metal’
FOTO 5: Foto Kristal TERINDAH dan TERCANTIK yang pernah ditemui pada kajian tersebut (sebutan Dr. Emoto) hasil dari menulis ‘Love And Thanks’ pada botol berisi air
Emmm… menarik. Di sini kita sudah NAMPAK, LIHAT akan KUASA MINDA dan EMOSI ke atas air. Apa yang boleh saya katakan lagi… TOO MIRACLES. Adakah ini sesuai seperti yang disebut dalam Law of Attraction (LOA). Jawapannya pastilah… YA! Tepat sekali.
Sebelum akhiri bicara ini, saya ingin menambah satu lagi foto. Foto ini diambil hasil dari pengkajian seorang ANAK SEKOLAH di Jepun (Budak sekolah pun TERUJA nak buat ujian ini…)
FOTO 6: Foto hasil kajian ke atas nasi (makanan asasi orang Malaysia) dengan menyebut ‘Terima Kasih’ dan ‘Kamu Bodoh’
Memang menarik hasil eksperimen Dr. Emoto ini. Sekarang kita sudah mendapat gambaran jelas kenapa PAKAR MOTIVASI dan ORANG HEBAT selalu kata BE POSTIVE, JUST POSTIVE, KATA ITU DOA dan sebagainya…
Sebenarnya, ada banyak perkara yang ingin saya kongsikan… umpamanya berkaitan KUASA MINDA, AURA, CHAKRA, LOA, THE SECRET movie, audio ‘ENTRAINMENT/BINAURAL BEAT’, HIPNOSIS, N.L.P., E.F.T., REIKI dan macam-macam lagi sebenarnya. Tapi kenapa saya mulakan dengan unsur AIR? Mudah je… kerana jika kita faham konsep ini, insya-Allah kita akan buka minda ke arah yang lebih positif untuk menerima ilmu lain.
Insya-Allah, selepas ini saya akan kongsikan satu DOA dan ILMU yang saya pelajari dari ulama tersohor kurun ke 19, Almarhum Dr. Hamka. Bagi saya ia amat memberi BEKAS kepada diri saya. Mudah-mudahan anda juga memperoleh pengajaran dari doa yang bakal dikongsikan nanti. Bagi yang telah mengamalkan doa itu, Alhamdulillah… teruskan dan syukuri nikmat dan rahmat yang dikurniakan.
Jumpa lagi…
Salam Cemerlang dengan Doa, Kasih dan Syukur…
MY ;)








0 comments:
Post a Comment