Salam Cemerlang

|


Ini merupakan 'posting' pertama saya secara rasmi menerusi blog yang baru dilahirkan ini.


Ini merupakan antara NIAT dan AZAM 2009. Alhamdulillah, diberi saya kekuatan oleh-Nya untuk meneruskan usaha ini. Semoga segala perkongsian di sini dapat memberi manfaat buat diri saya serta anda/pembaca. 

Perkongsian yang bakal berlangsung ini adalah sekadar pandangan dan pengalaman atau pembacaan saya. Perkongsian ini meliputi satu perkara/bidang yang telah lama cuba saya terokai. Penerokaan ini bermula semenjak saya berusia 11 tahun (Sekolah Rendah - Darjah 5) lagi, iaitu selepas kelas Alam & Manusia (kalau tak silap, mungkin sekarang dah tukar nama). Cikgu kata, kita hanya menggunakan 10% keupayaan minda kita. Jadi, timbullah persoalan yang membuat saya terus mencari dan mencari bagaimana untuk memenuhi baki 90% lagi keupayaan minda.

Namun, penerokaan ini semakin membuak setelah keluar dari ITM (Institut Teknologi MARA). Maklumlah waktu tu baru nak mula belajar ERTI HIDUP. Apatah lagi saya sudah mula meletakkan pelbagai impian dan hasrat LUAR BIASA. Mungkin kerana ia agak LUAR BIASA penerokaan saya juga perlu melalui keadaan LAIN DARI BIASA. Penerokaan serius bermula setelah mengikuti Kursus Kuasa Minda Separa Sedar (2005) anjuran Positive Mind oleh Dr. Ibrahim (sekarang ni dah Prof. Dato' Dr. Ibrahim). Umumnya kursus ini mencipta MINAT baru yang LAIN DARI BIASA dalam kehidupan saya. Apapun ianya MEMANG BERBALOI... HIDUP INI SEMAKIN INDAH... PENUH WARNA, PENUH CERIA...

Saya percaya blog ini merupakan permulaan GEMILANG yang bakal memberi KEMANISAN atau setidak-tidaknya satu NILAI yang boleh kita manfaatkan hasil perkongsian yang bakal berlangsung. Hari ini (Jan. 2009), saya bukanlah SOMEBODY, cuma punya impian untuk menjadi SOMEBODY. Saya hanya ORANG BIASA yang berusaha LAIN DARI BIASA serta punya impian/azam  LUAR BIASA. 

Salam Cemerlang, Salam Gemilang...


Md. Yazit Hashim

0 comments: